Cara mengubat diri secara tradisional untuk buang angin dalam badan

Cara mengubat diri secara tradisional untuk buang angin dalam badan dan jika badan terasademam bolehlah membuat resepi ini untuk menghilangkan demam anda dengan mengwapkan seluruh tubuh badan anda dengan bahan - bahan seperti

👉Daun sintotobou
👉Daun tawawo
👉Serai wangi

Cara-cara untuk membuat resepi ini 

1. Rebus bahan-bahan ini sehingga air mendidih kemudian wapkan diri anda didalam kain selimut dalam masa sekitar 20minit sehingga 30minit.

2. Badan anda akan terasa ringan dan selesa selepas melakukan spa wap dengan bahan-bahan tersebut.

semoga pengetahuan ini memberi menfaat kepada kamu semua.

Gambar di bawah menunjukan bahan-bahan dan cara mengwap spa :
Daun Serai wangi
Daun tawawo
Bahan-bahan di campur aduk kemudian isi air dan rebus sehingga mendidih.
Mengwap spa dengan menggunakan kain selimut.

Bahagian luar tubuh sakit

Bahagian - bahagian di luaran tubuh badan manusia apabila anda berasa sakit ada kemungkinan kesakitan itu berpunca daripada bahagian organ dalaman tubuh bermasalah seperti gambar yang dipaparkan.

Sila berjumpa dengan doktor kesihatan untuk makluman lebih lanjut tentang kesakitan yang anda alami.

Jangan ambil mudah , kesihatan harus diutamakan dari seluruh hidup anda kerana aset yang paling berharga adalah kesihatan yang kekal. 

Semoga bermanfaat kepada semua: ❤️

Khasiat Halia

Jenis- jenis dan khasiat halia

Halia (Zingiber Officinale Roscoe) merupakan tumbuhan yang sering digunakan sebagai bahan untuk menambah rasa dan aroma didalam pelbagai jenis masakan dan juga melazatkan hidangan makanan tersebut.

Asal usul tumbuhan halia sebenarnya daripada negara China, namun kemudiannya ia merebak ke serata negara-negara di dunia seperti India, sekitar Asia Tenggara, Afrika Barat dan kawasan Carribean.

Halia juga dikenali dengan beberapa nama panggilan lain. Zanjabil misalnya, adalah dari bahasa Arab. Zanjabil ada disebut di dalam Al-Quran melalui surah Al-Insan ayat ke 7 yang bermaksud,

“Dan mereka di dalam Syurga itu diberi sejenis minuman yang campurannya dari zanjabil”.

Panggilan lain bagi halia adalah jahe, aliah, sipadeh, jae, lia (Indonesia) dan kinkh atau khing-daen dalam bahasa Thailand.

Jenis-jenis Halia
Terdapat beberapa jenis halia. Setiap jenis berbeza dari segi bentuk rizom (ruas), warna, kepedasan dan kandungan seratnya.

Ada 7 jenis halia yang popular di Malaysia ialah :

1. Halia Bentong
Halia Bentong mempunyai rizom yang besar. Ia kurang berserat serta mempunyai banyak air. Disebabkan itu, Halia Bentong dapat menghasilkan jus yang banyak.

Rizom Halia Bentong berwarna sedikit pucat manakala isinya berwarna kuning cair. Ia mempunyai tahap kepedasan yang tinggi.

Halia Bentong juga dikenali sebagai halia bukit tinggi kerana ia ditanam di kawasan cerun bukit seperti di Bukit Tinggi, Janda Baik dan Bentong, Pahang. Ia juga merupakan halia terbaik di dunia.

2. Halia Indonesia
Rizomnya berbentuk panjang. Isi berwarna kuning muda dan kandungan seratnya agak tinggi.

3. Halia Tanjung Sepat
Dikenali sebagai Halia Tanjung Sepat kerana ia ditanam di Tanjung Sepat, Selangor. Halia jenis ini dikatakan mempunyai ciri yang hampir sama dengan Halia Indonesia.

Halia Tanjung Sepat mempunyai rizom berbentuk kurus panjang. Isinya berwarna kuning muda. Ia mempunyai rasa yang pedas dan berserat tinggi.

4. Halia Tanduk Rusa
Halia jenis ini dipercayai berasal daripada Thailand. Bentuk rizomnya besar dan memanjang ke atas. Sekali pandang, halia jenis ini kelihatan seakan-akan Halia Bentong.

Isi Halia Tanduk Rusa berwarna kuning muda. Rasanya kurang pedas berbanding halia jenis lain. Ia juga berserat tinggi.

5. Halia Cina
Halia Cina mempunyai jejari rizom yang besar dan penuh berisi. Isi rizomnya pula berwarna kuning pucat keputihan dan mengandungi bendalir.

Kandungan serat Halia Cina agak tinggi manakala rasanya pula sederhana pedas. Oleh sebab sifatnya yang kurang pedas, ia banyak digunakan dalam pelbagai jenis masakan.

6. Halia Tambunan
Halia Tambunan juga dikenali dengan nama Halia Sabah. Ia merupakan produk pertanian paling utama di daerah Tambunan, Sabah.

Kualiti halia ini adalah hampir sama dengan Halia Bentong. Sesetengah pendapat mengatakan Halia Tambunan adalah Halia Bentong yang ditanam semula di Sabah.

7. Halia Bara
Halia jenis ini sangat terkenal di kalangan masyarakat Melayu kerana cerita khasiatnya. Nama saintifik Halia Bara ialah Zingiber Officinale Var Rudrum.

Halia Bara mempunyai saiz pokok yang lebih kecil berbanding halia biasa. Rizomnya juga agak kemerahan.

Halia ini mempunyai bau yang lebih kuat serta kepedasan yang tinggi jika dibandingkan dengan halia lain.

Ia turut dikenali sebagai halia merah, halia udang atau Halia Emprit di Indonesia.

Halia Bara banyak digunakan untuk tujuan perubatan dan kecantikan.

Perbezaan Halia Muda dan Halia Tua
Halia muda dan halia tua dapat dibezakan dengan melihat kepada beberapa ciri.

1. Bentuk fizikal.
Halia muda mempunyai warna yang lebih terang berbanding halia tua. Ia juga mempunyai kulit yang lebih licin. Halia tua mempunyai kulit yang sedikit kasar.

2. Bau dan rasa.
Halia muda mempunyai bau dan rasa yang lebih lembut jika dibandingkan dengan halia tua. Bau dan rasa halia tua agak kuat dan keras.

3. Penggunaan dalam masakan.
Halia muda sesuai digunakan dalam masakan yang mempunyai aroma lembut dan kurang pedas.

Misalnya seperti masakan barat, nasi ayam, masakan stim, dibuat ulam dan dimasukkan ke dalam bubur.

Halia tua pula lebih sesuai digunakan dalam masakan seperti rendang, kari dan masakan berkuah yang lain.

Kegunaan Halia
1. Masakan.
Halia digunakan secara meluas sebagai rempah tambahan dalam penyediaan pelbagai jenis masakan.

Selain itu, halia juga boleh dijadikan minuman, jeruk serta perisa tambahan dalam pembuatan biskut, kek dan pastri.

2. Perubatan.
Bagi kegunaan perubatan, halia biasanya diambil dalam bentuk minuman, halia kering, air rebusan atau pati halia.

Pengambilan halia dikatakan dapat membantu penghadaman makanan, menguatkan tenaga batin, menambah air mani dan membuang angin dalam usus kecil serta usus besar.

Ubat-ubatan yang berasaskan halia dikatakan dapat mengawal penyakit seperti demam, batuk, migrain, sakit gigi, sakit tulang, senggugut dan sesak dada.

Terdapat penyelidikan yang dijalankan oleh penyelidik dari University of Michigan yang menunjukkan bahawa halia mampu membunuh sel barah.

3. Minyak dan ekstrak halia.
Halia juga boleh diproses untuk menghasilkan minyak serta hasil ekstrak.

Minyak halia boleh dijadikan bahan perasa dalam minuman buah-buahan, konfeksionari, digunakan dalam pembuatan kosmetik dan perubatan.

Khasiat dan Manfaat Halia
Secara umumnya, rizom halia mengandungi air, karbohidrat, serat, kalium, fosforus, kalsium, protein, asid amino, gingerols, oleoresin, Vitamin A, B dan C, lemak, asid organik dan beberapa jenis minyak meruap.

Halia dikatakan dapat merawat pelbagai jenis penyakit. Di antaranya, sakit kepala, sistem pencernaan bermasalah, sakit jantung, cirit-birit, sakit perut, masalah pengaliran darah, mati pucuk, lemah tenaga batin, lemah urat saraf dan darah haid berbau hamis.

Beberapa manfaat penggunaan halia ialah :

1. Menghilangkan selulit.
Skrub halia dapat memanaskan kulit dan menggalakkan peredaran darah. Ia sekaligus dapat menghilangkan serta menghalang pembentukan selulit.

2. Melambatkan proses penuaan.
Halia mengandungi antioksidan yang agak besar jumlahnya. Ia mempercepatkan proses pembaharuan sel dan menghilangkan radikal bebas serta toksin dari dalam badan. Hal ini membantu melambatkan proses penuaan kulit.

3. Menurunkan berat badan.
Elemen pembakaran yang terdapat pada halia dapat meningkatkan metabolisme dan mengurangkan selera makan. Jika seseorang meminum teh halia 30 minit sebelum makan, beliau tidak akan makan secara berlebihan.

4. Menggalakkan pertumbuhan rambut.
Halia juga berkhasiat untuk menggalakkan pertumbuhan rambut baru. Malah ia berupaya mencegah dari berlakunya keguguran rambut.

Halia parut, bawang putih, sedikit air dan sedikit minyak zaitun atau minyak kelapa, apabila disatukan kemudian disapu ke akar rambut dapat merawat masalah keguguran rambut yang merimaskan.

5. Menormalkan komposisi darah.
Penggunaan halia dapat menurunkan tahap kolestrol dan gula dalam darah. Ia juga membantu menghalang terjadinya gumpalan darah serta tekanan darah tinggi.

6. Merawat selsema.
Dengan mengamalkan mengunyah halia segar atau meminum air rendaman halia, dipercayai dapat merawat tanda-tanda awal demam dan selsema.

7. Mengurangkan sakit.
Enzim yang terdapat pada halia membantu untuk mengawal kesakitan. Ia sangat bagus untuk mengurangkan sakit otot ketika bersukan atau ‘period pain’.

8. Menghilangkan bau mulut dan masalah pernafasan.
Meminum air rendaman halia dapat membantu menghilangkan bau mulut. Ia turut menguatkan gusi dan menjadikan nafas lebih segar.

Keadaan di Mana Seseorang Perlu Mengelakkan Pengambilan Halia
1. Wanita hamil
Oleh kerana mengandungi banyak perangsang yang menyokong kesihatan otot dan membantu penghadaman, halia sangat tidak elok diambil oleh wanita hamil. Perangsang yang terkandung di dalam halia mungkin menyebabkan kontraksi dan kelahiran pramatang.

2. Darah bermasalah
Halia merangsang pengaliran darah. Bagi pengidap diabetis atau obesiti, rangsangan ini akan memberi kesan positif.

Namun begitu, jika seseorang adalah pengidap Hemofilia, pengambilan halia boleh memberi kesan sebaliknya.

Hemofilia merupakan masalah genetik yang disebabkan oleh kehilangan atau kerosakan faktor VIII iaitu pembekuan protien.

Tanpa protien ini, darah tidak dapat membeku dengan baik. Luka kecil boleh menjadi pendarahan serius malah jika berlarutan boleh menyebabkan kematian.

3. Pengambilan ubat tertentu.
Halia merangsang penipisan darah serta mengurangkan tekanannya. Ia bagus untuk badan tetapi tidak bagi mereka yang sedang mengambil ubat-ubat untuk merawat penyakit tekanan darah tinggi atau kencing manis.

Apabila kandungan di dalam halia bergabung dengan anticaogulants, beta-blockers atau ubat insulin, ia mengurangkan kesan ubat-ubat ini pada badan.

4. Masalah kurang berat badan.
Pengambilan halia bagi mereka yang mengalami masalah kurang berat badan ini akan menyebabkan berat badan makin menyusut, keguguran rambut, ketidakstabilan haid dan mengganggu jisim otot.

Ia berlaku kerana halia mempunyai serat yang tinggi. Halia juga meningkatkan pH dalam perut dan merangsang sistem penghadaman.

Fungsi halia yang membantu pembakaran lemak serta mengurangkan selera makan turut menyebabkan berat badan semakin menyusut.

Oleh yang demikian, penggunaan halia meskipun memberi banyak manfaat kepada pengguna, ia perlulah dipastikan sama ada bersesuaian atau tidak. Sekiranya tidak berhati-hati, bimbang sihat yang diharap sakit yang mendapat.

Semoga perkongsian ini bermanfaat dan memberi tambahan pengetahuan tentang halia yang terdapat di seluruh dunia. 

Amalkan sepanjang kuarantin Covid 19

Di sini sy ingin berkongsi apa yg kami amalkan sepanjang kuarantin... Harap dpt membantu yg lain...

1)  limau kasturi d mkn dgn kicap
      = dapat kembalikan deria rasa sehari 3 kali

2) lemon = minum tiap hari
Lemon Fresh 

3) sunkist orange = mkn n kulitnya dpicit d hidung untuk deria bau

4) bunga cengkih = masuk kan ke dlm basin dlm 10/ 20 biji  dgn air panas utk tangas muka... Sedut dihidung hembus kuar Dr mulut.... Dpt melegakan pernafasan...

5) panadol = kalau demam

6) vitamin c

7) tidur meniarap/ prone kalau sesak nafas

8. Rebus halia kampung +lemon untuk di
     minum

9) minum Air suam yg banyak  jgn minum sejuk

Kredit : Iman Nur Qasseh Josephine

Cara mudah matikan rumput tanpa mengunakan racun

CARA MUDAH MATIKAN RUMPUT TANPA RACUN

Ikut petua mudah ini, dalam masa seminggu dah boleh nampak kesannya.

Bahan-Bahan:

1. Cuka masakan

2. Sabun pencuci pinggan 

3. Alat penyembur

Cara Membuatnya:

1. Tuangkan cuka masakkan ke dalam alat penyembur.

2. Setelah itu,titiskan 3 atau 4 sudu besar sabun cecair pencuci pinggan ke dalam alat penyembur.

3. Kemudian,semburkan ia pada kawasan rumput liar tersebut secara menyeluruh.

* Sembur hanya sekali,selepas seminggu hasilnya rumput akan bertukar warna coklat, akarnya menjadi kering dan mudah dicabut.

Semoga bermanfaat

Sumber :ilham media 

Khasiat Senduduk

Khasiat Senduduk. Tempat Kamu panggil pokok apa? Ini antara khasiat tumbuhan ini:

1. Apabila anda mengalami cirit birit – Ambilkan pucuk pokok ini yang masih muda, makanlah sebagai ulam InsyaAllah Cirit Birit akan segera hilang.

2. Masalah keputihan bagi kaum wanita – Keringkan daun pokok ini dan direbus bersama dengan halia, sedikit gula dan bonglai, biarkan suam dan minumlah airnya

3. Menghilangkan bintik-bintik cacar – Ambilkan akar pokok ini, giling bersama daunnya, kemudian tampalkan pada cacar atau parut cacar ianya akan beransur-ansur hilang

4. Melegakan luka – Ambilkan buah senduduk yang masak picit atau perah airnya sapukan pada bahagian luka, darah akan segera berhenti dan luka akan segera pulih.

5. Bagi wanita yang baru lepas bersalin – Keringkan akar senduduk kemudian rebus dan diminum sepanjang dalam pantang, hasilnya luka lepas bersalin akan segera sembuh dan mengecut sekaligus mengetatkan semula rahim

6. Mengatasi Buasir – Rebuskan akar, daun dan batang senduduk dan minum airnya. Ia menjadi penawar kepada buasir.

7. Melegakan Sakit Gigi – Rebus daun batang dan akar senduduk biarkan suam . Gunakan untuk berkumur, insyaAllah sakit gigi akan mereda.

8. Membuang angin, lenguh sendi urat dan tulang – Air rebusan dari akar, batang dan daun dibuat mandian . Badan akan terasa lebih segar lenguh sendi tulang dan angin akan segera menghindar.

Zaman kanak-kanak selalu mengunakan tumbuhan ni untuk kesihatan diri sendiri.

Sumber : Pertanian Satu Perniagaan

Air Lemon Cengkih

Cuaca sekarang tak menentu, panas hujan tak terduga, mudah selsema dan demam. Tambah kalau hidung tersumbat, memang seksa. Air ni memang jadi amalan sejak dua menjak ni. Selain minum sedut wapnya juga, memang rasa segar dan lapang dada💕

🌹AIR LEMON CENGKIH 🌹

🍋 Lemon
🍋 Cengkih (sebaiknya jumlah ganjil)
🍋 Madu (saya guna Sweetality)
🍋 Air atau air panas 

Cara-cara:

☕🍵 Masak air bersama cengkih hingga mendidih. Perahkan jus lemon dan masukkan madu. Tutup api. Boleh tambah hirisan lemon. Masukkan dalam bekas. Hidu wapnya hingga air suam. Minum airnya. Buat banyak Boleh botolkan simpan dalam peti ais. Nak minum boleh dipanaskan (boleh berwap lagi) atau minum sejuk.
🍵☕ Jika guna air panas (tak mau masak atas api), campurkan saja cengkih, potongan lemon dan madu dalam cawan. Biarkan sekejap sebelum di minum. Siap!!!

Credit :  Norfazida Gda

Daun Sirih Cina/Sirih Tumpangan/Sirih Suruhan/

Pokok ketumpang /sirih tanah/sirih cina/sirih suruhan yang biasanya tumbuh dikawasan yang lembab seperti ditepi pasu/longkang adalah bagus untuk merawat:

1. Darah tinggi, 
2. Kencing manis
3. Gout
4. Batuk 
5. Selesema
6. Penawar sakit sendi dan perut
7. Jus perahannya mampu mengelakkan jangkitan pada mata
8. Mengubati dan meredakan cirit-birit
9. Meredakan Demam (Ramas Dengan Sedikit air dan sapukan dikepala)

Tumbuhan ini dikatakan mampu mengurangkan paras asid urik di dalam badan lantas sesuai dijadikan ubat gout dan mengatasi masalah buah pinggang. Ia juga dikatakan mempunyai ciri-ciri anti-bakteria, anti bengkak dan penahan sakit.

Selain daripada menjadi bahan utama di dalam masakan, ia juga sesuai untuk dibuat ulam. ia juga boleh dibuat kerabu rasanya sangat sedap ditambah dengan hirisan nipis bunga kantan.

Daunnya yang dihancurkan dan disapukan pada dahi kepala dikatakan mampu menghilangkan demam dan sakit kepala.

Pokok Lidah Ayam

Kongsikan khasiat pokok Lidah Ayam kepada semua.
Semoga bermanfaat.
😊😊😊😊😊😊😊😊😊
Nama botani  :  Polygala glamerata
Nama tempatan :  Lidah Ayam @ Bunga Flamboyan @ Godong Serek. 
Keluarga : Polugalacae
Kandungan kimia :  metil silikat,  alkaloid,  saponin,  flavanoid dan polifenol. 
Rujukan :  Petua orang tua dan google. 
Menurut petua orang tua-tua ada beberapa khasiat Pokok Lidah Ayam boleh digunakan sebagai rawatan altenatif.
Antara khasiat pokok Lidah Ayam. 
1.  Meredakan Asma. 
2.  Mengatasi sesak nafas. 
3.  Mampu menjaga dan memperkasa sistem jaringan organ vitalitas secara alami. 
4.  Meredakan panas dalam badan.
5.  Meredakan sakit tekak. 
6.  Anti inflamasi alami untuk mencegah peradangan (tenggorokan dan usus). 
7.  Mencegah penyakit bronkitis. 
8.  Bersifat  diuretik dan melancarkan pembuangan air kecil. 
9.  Tonik alami. 
10. Mencegah batu karang di buah pinggang. 
11.  Mencegah kencing bernanah. 
12. Mencegah serangan bakteria. 
13. Merawat tekanan darah tinggi dan diabetes. 
Cara penggunaan nombor 01 hingga 13.
Sediakan daun dan akar (rizom)  pokok Lidah ayam secukupnya. 
Bubuh air dan rebus hingga mendidih.  Tapis dan bubuh sedikit garam.  Minum satu gelas dua kali sehari. 
14.  Merawat kayap dan cacar. 
Caranya : Ambil akar @ ubi @ rizom pokok lidah ayam, tumbuk lumat. 
Sapu di bahagian yang sakit. 
15.  Akar @ ubi @ rizom pokok Lidah Ayam juga enak dibuat ulam. 
Semoga bermanfaat. 
Bertuahnya sesiapa yang ada menanam pokok Lidah Ayam.
Bah apa lagi jom ..kita tanam pokok Lidah Ayam

SERAI



Serai dipercayai berasal dari Sri Lanka dan telah tersebar luas di kawasan tropika termasuk Malaysia,  Indonesia, Tanzania, Brazil, Guatemala dan  China. 


Serai atau serai makan (nama botani: Cymbopogon citratus) adalah tumbuhan herba malar hijau yang dikenali juga sebagai sereh makan (Indonesia), takrai (Thailand) lemongrass (Inggeris). Tanaman serai makan (cymbopogen citratus) dipercayai berasal dari Sri Lanka dan telah tersebar luas di kawasan tropika, termasuk Malaysia, Indonesia, Tanzania, Brazil, Guatemala dan China. Tumbuhan ini selalunya digunakan dalam masakan di kalangan masyarakat Asia terutamanya masakan Thailand, Kemboja,Vietnam) dan Caribbean.


Di antara manfaat Serai yang Luar Biasa

1. Menurunkan kolesterol 
Daun serai mempunyai elemen citral yang merangsang untuk menyingkirkan kolesterol berlebihan, urik asid, toksin dan lemak dalam badan. Aktiviti ini menggalakkan peredaran darah ke seluruh anggota badan.

2.  Detoksifikasi
Serai mempunyai ciri-ciri diuretik yang menghilangkan toksin dari badan melalui air kencing. Ia sangat membantu dalam menjaga hati yang bersih dan bebas toksin. Serai juga membantu membersihkan buah pinggang dengan meningkatkan kekerapan kencing.

3. Mengurangkan risiko kanser
Citral dalam serai bersifat antikanser yang dapat membantu mengurangkan risiko kanser. Ia boleh mematikan sel-sel kanser secara langsung atau meningkatkan sistem imun supaya badan mampu melawan kanser dengan sendirinya. Teh serai turut digunakan sebagai terapi semasa kimoterapi radiasi dengan bimbingan ahli onkologi. 

4. Menghalang bakteria staphylococcus aureus
Minyak serai mempunyai kapasiti antibiofilm dan berkesan terhadap jangkitan yang disebabkan oleh staphylococcus aureu. Ia mengandungi fenol dan minyak pati yang boleh mengganggu pertumbuhan jangkitan dan kuman serta menghalang pembentukan biofilm. 

5. Mengatasi masalah perut
Teh serai mampu mengatasi masalah gangguan pencernaan, sakit perut, perut berangin, kejang usus dan cirit-birit. Serai membantu mengurangkan angin dalam usus, sekali gus mencegah pembentukan gas berlebihan.

 6.  Merawat insomnia
Teh serai dan minyak serai sangat berkesan untuk menenangkan saraf. Ia membantu anda tidur dengan cepat dan lena. Minum secawan teh serai sebelum tidur dapat membantu anda tidur dengan lebih lena. Kualiti tidur yang baik diperlukan untuk minda dan badan yang sihat.

7. Melegakan gangguan pernafasan
Serai digunakan secara meluas untuk merawat batuk dan selesema. Kandungan vitamin C dalam serai membantu melegakan selesema dan gangguan pernafasan lain seperti asma bronkial.

8. Merawat demam
Serai sering dirujuk sebagai ‘rumput demam’ kerana sifat antipiretik yang membantu meredakan demam seperti ubat konvensional.  

9.  Mengubati jangkitan kulit
Serai mengandungi kandungan zat antimikrob dan antibakteria. Kandungan tersebut berkesan untuk mengubati jangkitan pada perut, usus, saluran najis dan luka. Serai juga dipercayai dapat menyembuhkan pelbagai penyakit seperti jangkitan kulit, keracunan makanan, dan menghilangkan bau badan.

10. Mengurangkan kesakitan
Serai boleh mengurangkan kesakitan dan ketidakselesaan seperti sakit kepala atau migrain disebabkan sifat analgesiknya. Fitonutrien yang hadir dalam serai dapat meningkatkan peredaran darah dan membantu meredakan kekejangan otot. Ia juga dapat merawat luka, lebam serta kecederaan dalaman. 

11. Meningkatkan fungsi sistem saraf
Minyak pati yang terkandung dalam daun serai bermanfaat untuk menguatkan dan meningkatkan fungsi sistem saraf. Hal ini kerana minyak serai memberikan kesan menyamankan, melegakan otot dan kekejangan. 

12. Merawat diabetes
Serai memberi kesan positif terhadap diabetes jenis-II. Ia membantu melegakan gejala dan mengawal paras gula dalam darah. Serai mengandungi citral yang sangat berkesan untuk mengekalkan tahap insulin yang baik dalam darah. 

13.  Melegakan keradangan
Dua sebatian utama dalam serai, iaitu citral dan geranial merupakan bahan yang bermanfaat untuk melegakan keradangan.

14.  Menguatkan imunisasi
Sistem imun yang kuat menjamin kehidupan yang sihat. Serai mempunyai banyak sifat penyembuhan. Ia membantu menyembuhkan organ pernafasan, jantung, anemia dan lain-lain penyakit. Sitokin adalah molekul yang terlibat dalam komunikasi sel-sel dan bertindak sebagai mediator untuk meningkatkan respon imun, manakala serai menenangkan molekul ini dengan mengurangkan keradangan di dalamnya.

15.  Penjagaan kulit
Serai mempunyai ciri-ciri astringen dan antiseptik yang sangat berguna dalam merawat masalah kulit seperti jerawat. Ia adalah ramuan yang digunakan dalam minyak malam dan serum untuk mencegah keradangan kulit. Anda perlu menggunakan minyak serai yang dicairkan dalam rutin penjagaan kerana ia mempunyai kesan yang boleh menyebabkan kerengsaan kulit sekiranya tidak digunakan dengan betul.

16. Kesihatan selular
Serai bersifat antioksidan yang membantu melindungi sel-sel badan dari radikal bebas yang diperoleh dari oksigen. Kuasa antioksidan boleh membantu dengan pembentukan semula sel-sel baharu dan menghapuskan sel lama. Kandungan folat dan kalium dalam batang dan daun serai menggalakkan pembahagian sel dalam badan. 

17. Melegakan bengkak
Campuran serai dengan rempah ratus dapat dijadikan pes untuk merawat bengkak-bengkak sendi dan otot. 

18. Aromaterapi 
Serai terkenal dengan ekstrak minyak pati untuk aromaterapi. Ia menjadi pelega kepada masalah penghadaman, muntah, batuk, keletihan dan banyak lagi. Sapukan minyak pada bahagian tubuh yang tidak selesa, dan ia akan menyerap serta memberi kesan kelegaan. Kesan sejuk dari minyak serai juga melegakan badan ketika cuaca panas dan melancarkan peredaran darah.

19. Mengatasi obesiti
Serai mengandungi citral yang telah terbukti berkesan mengatasi masalah obesiti. Ia mengurangkan pengumpulan lemak abdomen dan membantu mencegah kenaikan berat badan. 

20.  Menghilangkan bau badan
Serai digunakan dalam penghasilan deodoran kerana sifatnya yang antibakteria. Deodoran membantu memerangi masalah bau badan yang tidak menyenangkan dan mencegah jangkitan kulat atau bakteria. 

 21. Penghalau serangga
Serai dijadikan sebagai penghalau serangga semulajadi dan membantu mencegah berlakunya penyakit bawaan serangga seperti malaria dan denggi.

22. Digunakan dalam masakan
Selain bermanfaat untuk kesihatan, serai lazimnya digunakan dalam masakan asia, terutamanya masakan Malaysia, Vietnam, dan Thailand. Ia digunakan sebagai penambah rasa dalam sup, kari atau teh.  

23. Mengatasi anemia
Serai sangat membantu dalam mengatasi anemia dan mencegahnya di peringkat awal. Pengambilan serai akan membantu mengekalkan tahap hemoglobin dan mencegah sebarang penyakit yang berkaitan dengan kekurangan zat besi.

24. Mengatasi masalah artritis 
Minyak pati serai sangat berguna dalam rawatan kesakitan untuk artritis. Ia digunakan secara khusus untuk mengurut sendi, iaitu rheumatoid arthritis. Penggunaan serai juga membantu menenangkan keradangan pada sendi.

 25. Memutihkan gigi
Masalah gigi kuning akibat merokok boleh diatasi dengan menggunakan serai. Caranya adalah tumbuk halus dua batang serai yang dipotong kecil dengan sedikit arang dapur dan gosokkan pada gigi anda. Lakukan tiga kali seminggu dan lihat hasilnya. 

26. Menghalau nyamuk
Ada beberapa jenis Serai juga boleh berfungsi sebagai ejen penghalau nyamuk.

Semoga maklumat perkongsian ini memberi manfaat.

Sumber rujukan: Wikiwand

Pokok Gosing

Khasiat tumbuhan ini:

1. Apabila anda mengalami cirit birit – Ambilkan pucuk pokok ini yang masih muda, makanlah sebagai ulam InsyaAllah Cirit Birit akan segera hilang.

2. Masalah keputihan bagi kaum wanita – Keringkan daun pokok ini dan direbus bersama dengan halia, sedikit gula dan bonglai, biarkan suam dan minumlah airnya

3. Menghilangkan bintik-bintik cacar – Ambilkan akar pokok ini, giling bersama daunnya, kemudian tampalkan pada cacar atau parut cacar ianya akan beransur-ansur hilang

4. Melegakan luka – Ambilkan buah senduduk yang masak picit atau perah airnya sapukan pada bahagian luka, darah akan segera berhenti dan luka akan segera pulih.

5. Bagi wanita yang baru lepas bersalin – Keringkan akar senduduk kemudian rebus dan diminum sepanjang dalam pantang, hasilnya luka lepas bersalin akan segera sembuh dan mengecut sekaligus mengetatkan semula rahim

6. Mengatasi Buasir – Rebuskan akar, daun dan batang senduduk dan minum airnya. Ia menjadi penawar kepada buasir.

7. Melegakan Sakit Gigi – Rebus daun batang dan akar senduduk biarkan suam . Gunakan untuk berkumur, insyaAllah sakit gigi akan mereda.

8. Membuang angin, lenguh sendi urat dan tulang – Air rebusan dari akar, batang dan daun dibuat mandian . Badan akan terasa lebih segar lenguh sendi tulang dan angin akan segera menghindar.

Zaman kanak-kanak selalu mengunakan tumbuhan ni untuk kesihatan diri sendiri.

Kunyit Hitam


Kunyit Hitam ini mempunyai khasiatnya tersendiri, ia mampu untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit. Jika kita melihat pokok ini, ia sangat berbeza dengan pokok kunyit kuning serta dia mempunyai warna daun yang berbeza. Pokok kunyit hitam juga mempunyai bunga seperti pokok orkid. Kunyit hitam ini telah di kaji oleh beberapa makmal di seluruh dunia seperti jepun,thailand,malaysia dan Indonesia. Jika kita melihat dengan encik Doktor google search , kunyit hitam ini sangat mujarab dan ia juga mudah ditanam di dalam polibeg dengan berisi tanah yang bersesuai dengan bilang kandungan zat didalam tanah tersebut. 

Kunyit Hitam ini juga tergolong sebagai herba untuk kesihatan. 

1.Anti oksidan yang baik (anti oksidan dalaman).

2.Mengurangkan risiko sakit otot, sakit kepala/perut, meningkatkan kekuatan otot, meningkatkan bekalan darah ke se-sel otak.

3.Membantu mengimbangi tahap hormon, mengawal haid dan meningkatkan daya hidup bagi wanita, namun keputusan mungkin berbeza bergantung kepada individu.

4.Aktiviti aprodisiah (meningkatkan keinginan seksual, motivasi seksual dan prestasi seksual).

5.Anti kanser.

6.Antiplasmodial (mencegah malaria atau denggi) antikulat dan anti mikrobakteria sederhana.

7.Aktiviti adaptogenic dan kesan anti kemurungan (meningkatkan daya tahan terhadap spektrum luas faktor berbahaya (tekanan) yang sifat fizikal, kimia dan biologi berbeza.

8.Penyakit keradangan yang berkaitan: gout, alahan/alergi, ulser apthous dan ulser peptik.

9.Aktiviti anti alergi.

10.Kesan anti-gastrik ulser.

11.Kesan anti-obesiti.

12.Mencegah diabetik, paras glukosa darah yang rendah.

13.Peningkatan aliran darah.

14.Aktiviti anticholinesterase (mencegah dan penawar penyakit Alzheimer).

15.Mengawal gula dalam darah dan peredaran darah, meningkatkan peredaran darah.

16.Meningkatkan libido, nafsu.

17.Meningkatkan daya tahan dan daya hidup.

18.Meningkatkan kekuatan dan tenaga, mengurangkan keletihan.

19.Membantu sistem penghadaman/ buah pinggang

20.Mengurangkan trigliserida.

21.Kesan sindrom anti-metabolik.

22.Recoveri daripada sensitiviti sejuk yang berlebihan dan bengkak.

23.Meningkatkan kekuatan otot.

24.Membantu rawatan resdung tahap kronik, alahan dan kegatalan.

25.Merangsang penghadaman dan mengelakkan sembelit serta buasir.

26.Rangsangan prestasi seksual (wanita) dan menopaus.

27.Mencegah penyakit kardiovaskular (strok dan jantung), peningkatan peredaran darah.

kesan tekanan/stress terhadap mental dan fizikal

Image result for gambar orang stress

KESAN TEKANAN/STRES TERHADAP MENTAL DAN FIZIKAL

Stres adalah tindak balas emosi, fizikal dan mental akibat perubahan dalam sesuatu keadaan yang berlaku dalam kehidupan harian manusia. Stres merangkumi beban, tekanan, kebimbangan, keletihan, konflik, panik, kemurungan dan tidak bermaya. Secara umumnya, stres terbahagi kepada stres jangka pendek dan stres jangka panjang.

Stres jangka pendek merupakan tindak balas spontan tubuh badan terhadap apa-apa situasi yang mencabar, bahaya atau menakutkan. Tahap stres biasanya bergantung kepada beberapa faktor seperti tempoh stres yang dialami dan bagaimana individu tersebut menangani stres tersebut. Stres jangka panjang pula selalunya dialami oleh mereka yang menghidapi stres yang berpanjangan. Stres seperti ini selalunya disebabkan oleh penyakit berbahaya atau masalah yang berpanjangan.

Punca utama stres seringkali dikaitkan dengan masalah kehidupan yang terjadi seperti masalah peribadi, masalah di tempat kerja dan lain-lain. Bahayanya stres ini ia bukan sahaja boleh menjejaskan kualiti kehidupan kita, malahan orang sekeliling seperti keluarga dan kawan rapat kita juga boleh terkena tempiasnya.

Stres jika tidak ditangani dengan betul boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit dan memberi kesan buruk terhadap tubuh badan kita. Kita sering memandang ringan tentang stres namun tahukah anda ada jenis penyakit yang boleh disebabkan oleh stres hingga membawa maut? Berikut adalah antara kesan-kesan stres terhadap fizikal dan mental jika kita tidak pandai mengurus stres dengan baik:
Image result for SERING LUPA DAN SUSAH FOKUS

1. SERING LUPA DAN SUSAH FOKUS

Stres boleh menyebabkan kita sering lupa dan susah untuk fokus. Ini kerana apabila stres, kita sering hilang fokus untuk memberi tumpuan terhadap perkara lain yang terjadi di sekeliling. Masalah ini bukan sahaja memberi impak negatif terhadap kehidupan seharian, malahan prestasi kerja juga boleh merosot jika kita susah fokus untuk menyiapkan tugasan yang telah diberikan.
Image result for insomnia
2. INSOMNIA

Insomnia adalah masalah ketidakupayaan manusia untuk tidur pada waktu malam. Penghidap insomnia seringkali menghadapi masalah tidak dapat tidur pada waktu malam, dan akan mengalami keletihan pada hari berikutnya. Terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada insomnia, namun salah satu punca insomnia adalah stres. Apabila stres, otak manusia akan lebih aktif daripada biasa. Mereka yang menghadapi stres tidak boleh berhenti untuk berfikir walaupun pada waktu di mana tubuh badan mereka sepatutnya rehat, apabila tubuh kurang mendapat rehat, maka ia akan menjadi lesu pada hari berikutnya.

Image result for SAKIT KEPALA
3. SAKIT KEPALA

Sakit kepala yang berpunca daripada stres juga dikenali sebagai sakit kepala akibat pengecutan otot yang berlaku daripada tekanan emosi atau ketegangan fizikal. Sakit kepala ini boleh berlaku sekali atau berulang-ulang dalam seminggu bergantung kepada tahap emosi mereka yang stres.

Image result for penyakit jantung

4. PENYAKIT JANTUNG

Hormon berperanan penting untuk memastikan keremajaan dan kualiti kesihatan seseorang. Hormon juga adalah bahan kimia yang dihasilkan oleh kalenjar endokrin yang memiliki kesan tertentu kepada aktiviti organ lain dalam tubuh.

Terdapat pelbagai kajian yang menunjukkan kaitan antara ketidakseimbangan hormon dan kanser payudara.

Walaubagaimanapun, ketidakseimbangan hormon boleh diatasi dengan menjaga pemakanan anda.

Oleh itu, hidangan makanan perlu diiringi protein, karbohidrat dan lemak yang seimbang. Antara amalan pemakanan yang boleh anda lakukan adalah makan ikan yang tinggi dengan lemak Omega-3 seperti salmon dan sardin, minum teh hijau yang tinggi anti-oksida, dan gunakan lemak sihat seperti minyak kelapa dan minyak kelapa sawit semasa memasak.
Image result for SISTEM PENGHADAMAN TERGANGGU

5. SISTEM PENGHADAMAN TERGANGGU

Stres yang kronik boleh mengganggu sistem penghadaman manusia. Simptom seperti mual, perut berangin, makanan susah untuk dihadam boleh jadi berpunca daripada stres. Sekiranya kita menghadapi simptom ini, pastinya kualiti kehidupan dan kesihatan terjejas.

Image result for emosi tidak stabil

6. EMOSI TIDAK STABIL

Emosi yang tidak stabil adalah salah satu kesan negatif yang terjadi disebabkan stres. Mereka yang menderita akibat stres tidak mampu menyelesaikan masalah walaupun ia hanyalah masalah kecil. Selain itu penderita juga akan sering rasa cemas dan mudah risau tentang perkara-perkara kecil. Mereka yang menghadapi stres akan mudah berasa kecewa, cepat naik darah dan mudah marah. Kesan ini bukan sahaja boleh memberi impak negatif dalam pekerjaan, malahan hubungan dengan rakan dan keluarga juga boleh terjejas disebabkan emosi yang tidak stabil.


Nokia CEO mengakhiri ucapannya..


Ketua Pegawai Eksekutif Nokia mengakhiri ucapannya dengan mengatakan kata-kata ini "kami tidak melakukan apa-apa yang salah, tetapi entah bagaimana, kami gagal".
Semasa sidang akhbar untuk mengumumkan NOKIA yang diperolehi oleh Microsoft, Ketua Pegawai Eksekutif Nokia mengakhiri ucapannya dengan mengatakan "kami tidak melakukan apa-apa yang salah, tetapi entah bagaimana, kami gagal". Setelah mengatakan itu, semua pasukan pengurusannya, termasuk dirinya, meratapi sedih.

Nokia pernah menjadi syarikat yang dihormati dan disegani. Mereka tidak melakukan apa-apa yang salah didalam perniagaan mereka, tetapi dunia berubah begitu terlalu cepat. Pesaing mereka terlalu kuat.

Mereka terlepas belajar, mereka terlepas perubahan, dan dengan itu mereka juga kehilangan peluang untuk membuatkannya lebih besar. Bukan sahaja mereka melepaskan peluang untuk mendapatkan keuntungan wang yang besar, mereka juga kehilangan peluang untuk bertahan lebih lama.

Mesej kisah ini adalah, jika anda tidak berubah, anda akan dikeluarkan dari pertandingan.
Tidak salah jika anda tidak mahu belajar perkara baru. Walau bagaimanapun, jika pemikiran anda tidak dapat mengejar masa, anda akan dihapuskan dan terkeluar dari persaingan.

Kesimpulan:
Kelebihan yang anda ada hari ini, akan digantikan dengan trend/arus perubahan esok. Anda tidak perlu melakukan apa-apa yang salah, selagi pesaing anda dapat menangkap gelombang terkini dan melakukannya dengan betul , anda boleh kalah dan gagal.

Untuk menukar atau memperbaiki diri anda adalah melakukan peluang yang kedua. Seperti melakukan sesuatu yang terbaik sebelum di buang.

Mereka yang enggan belajar dan memperbaiki supaya menjadi bertambah baik, pasti suatu hari nanti mereka aka  menjadi ketinggalan dan mereka langsung tidak berkaitan dengan industri itu. Mereka juga akan terpaksa belajar pelajaran dengan cara yang sukar & mahal!

Misteri Maut Di Center Point ,Kota Kinabalu



Center Point ,Kota Kinabalu adalah antara sebuah shopping mall/ pusat membeli - belah yang terawal sekali dibina di Bandaraya Kota Kinabalu. Ia mulai beroperasi pada tarikh 24 Julai 1990 dan di rasmikan oleh ketua menteri pada masa itu. Pada mulainya nama Center Point ini dinamakan sebagai Lohan.

Sejak bangunan ini wujud , Pelbagai misteri yang berlaku iaitu berlakunya kes bunuh diri yang semakin meningkat serta berlaku di tempat dan bangunan yang sama. Siasatan demi siasatan dilakukan oleh pihak berkuasa dan mendapati semua masalah yang berlaku kepada si pembunuh diri adalah hampir sama dengan masalah pribadi yang menimpah kepada mangsa-mangsa yang lain.

Adakah perkara ini telah di rancang oleh mangsa sendiri ataupun ia berlaku secara tanpa disedari oleh mangsa. Kejadian ini adalah sebuah misteri yang sukar untuk di rungkaikan.

Pada tarikh 9 May 2014, Seorang perempuan berasal daripada Bongawan telah dijumpai diperkarangan Center Point ini dan telah dipercayai terjun daripada bangunan ini. kejadian itu membuatkan dirinya meninggal ditempat kejadian.


Mangsa telah membuat satu status di facebooknya sebelum dia terjun dari bangunan ini.

Kejadian maut seterusnya yang berlaku di bangunan yang sama, perbezaan masa dan tahun yang dekat sekali iaitu pada tarikh 15 Disember 2014, mangsa seorang lelaki berumur 44 tahun juga telah ditemui terbaring di lorong pejalan kaki bangunan Center Point.

Mangsa ditemui dalam keadaan terbaring tertiarap dan hasil pemeriksaan pegawai perubatan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.

mangsa juga dipercayai telah terjun ke bawah daripada tingkat 5 kawasan tempat letak kereta Center Point lebih kurang jam 10.40 malam.


Kejadian seterusnya yang berlaku pada tarikh 21 March 2016 dan ramai orang dan berita sendiri telah mengulas dengan bukit CCTV bahawa lelaki ini maut kerana dipercayai membunuh diri dan terjun dari tingkat atas kompleks membeli belah Center Point pada petang itu.



Seterusnya seorang lagi wanita berasal daripada negeri Sarawak dan berumur 39tahun ditemui maut dan dia dipercayai jatuh dari tempat letak kereta tingkat 6 di pusat membeli belah Centre Point, pada tarikh 15 June 2019

kejadian itu berlaku sekitar pukul 9.45 malam itu.


Adakah Kejadian-kejadian ini masih membelenggu pemikiran netizen-netizen di luar sana. Mengapakah kejadian maut ini boleh berlaku di tempat yang sama? Apakah tindakan kita sebagai manusia untuk menyedari akan tentang perkara ini daripada terus menerus berlaku tanpa disedari...