Ia adalah salah satu arkeologi tertua yang masih utuh. Ia termasuk tiga piramid iaitu (Khufu / Cheops, Khafre / Chephren, dan Menkaure). Arkeologi yang lain seperti Piramid Sphinx Besar, beberapa perkuburan, sebuah kampung pekerja, dan kompleks perindustrian. Struktur besar-besaran ini dibina untuk bertahan selama-lamanya sehingga ia masih kekal pada zaman moden ini telah melampaui jangkaan.
Para Firaun dijangka akan menjadi tuhan di akhirat sebagai penyediaan semua ini, dewa-dewa ini akan mendirikan piramid dan membuat makam mereka sendiri. Makam-makam ini kemudian dipenuhi dengan lukisan penguasa atau apa yang dianggapnya perlu untuk meneruskan pemerintahannya di akhirat.
Firaun Khufu memulakan projek pembinaan piramidnya yang pertama dengan hebat sekali , piramid ini adalah yang tertinggi di antara piramid-piramid yang lain dengan ketinggian 481 kaki.
Firaun Khafre (anak lelaki Khufu) membina piramid kedua di Giza sekitar 2520 B.C
Piramid ketiga Giza dibina oleh Firaun Menkaure sekitar 2490 B.C. Walaupun ia jauh lebih kecil daripada dua piramid pertama, makamnya adalah lebih kompleks dan lebih menarik.
No comments:
Post a Comment