Semestinya, apabila seorang lelaki mencintai kepada seorang wanita, lelaki akan sanggup melakukan apa saja untuk mengembirakan kekasih hatinya, akan tetapi cerita sepasang kekasih ini agak berlainan sedikit. Cerita sepasang kekasih ini sangat viral di seluruh dunia terutamanya, didalam dunia media sosial seperti Facebook,Twiter,Instagram dan media-media sosial yang lain. Kita sedia maklum bahawa hubungan jarak jauh ini adalah antara salah satu cabaran percintaan yang sangat rumit sekali. Apatah lagi kalau sudah dilamuni cinta, benar orang kata cinta itu buta, apa pun orang sekeliling kata, mereka akan anggap itu sebagai batu loncatan untuk mengeratkan hubungan mereka berdua.
Lelaki ini telah berjalan sejauh 2,400KM semata-mata untuk memberikan kejutan kepada Kekasihnya dengan berpakaian kostum teddy bear, akan tetap semasa dalam perjalanannya dia terserempak dengan kekasihnya yang sedang berpelukan dengan lelaki lain. Dengan perasaan yang sangat kecewa, lelaki ini menanggalkan kepala kostum teddy bearnya itu di hadapan kekasihnya yang sedang berpelukan dengan lelaki lain.
Perempuan itu amat terkejut dengan Lelaki yang berpakaian kostum teddy bear itu adalah teman lelakinya. Teman lelaki perempuan ini terus berlari meninggalkan kekasihnya dengan perasaan yang sangat sedih sekali.
Akan tetapi yang mengejutkan netizen, kekasih kepada lelaki itu melepaskan diri daripada pelukan lelaki yang sedang bersama-sama dengannya dan terus berlari ke arah teman lelakinya sehingga perempuan itu dapat memeluk teman lelakinya itu.
Teman lelakinya itu cuba untuk mengelakkan diri daripada dipeluk oleh kekasihnya yang curang kepadanya. Perempuan itu terus mengejar lelaki itu untuk memujuk dan meminta maaf kepadanya.
Ramai netizen menyokong tindakan lelaki itu untuk memutuskan hubungan percintaan dengan kekasihnya itu, disebabkan kecurangan yang dilakukan didepan matanya sendiri.
Disini, kita sebagai netizen dimedia sosial boleh membuat tafsiran sendiri... Adakah perkara itu membawa kepada kebaikan ataupun keburukan kepada hubungan yang lebih mendatangkan kebahagiaan atau di sebaliknya. Bagaimanakah cara untuk selamatkan hubungan suami isteri , boyfriend dan girlfriend anda? Kesimpulanya, lakukan lah yang terbaik untuk kebahagian, keharmonian dan keadilan didalam kebijaksanaan berumahtangga dan juga hubungan baik sesama insan..
No comments:
Post a Comment