Showing posts with label Berita. Show all posts
Showing posts with label Berita. Show all posts

Gotong Royong Perdana Pulau Gaya

Gotong Royong Perdana Pulau Gaya
Kredit : DBKK

Sebelum ini tular beberapa media sosial seperti you tube, facebook, instagram dan lain-lain, mengenai status sampah yang ada di Pulau Gaya,Kota Kinabalu,Sabah. Setelah beberapa lama kemudiannya, pada 27 Julai 2019, suatu program yang dinamakan Gotong Royong Perdana Pulau Gaya yang di lakukan oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu , Sabah telah berjaya dilaksanakan oleh program ini.

Gotong Royong Perdana Pulau Gaya
Kredit : DBKK

Dengan adanya program gotong royong perdana pulau gaya ini, penduduk sekitar Pulau Gaya juga telah turut bersama-sama turun padang untuk membantu melaksanakan program gotong - royong ini sehingga berjaya. Ramai Netizen berpendapat bahawa program ini sangat sesuai untuk membantu memulihkan masalah sampah sarap yang ada di Pulau tersebut.

Gotong Royong Perdana Pulau Gaya
Kredit : DBKK

Serta netizen juga menyampaikan ucapan terbaik untuk Dewan Bandaraya Kota Kinabalu dan juga penduduk Pulau Gaya disebabkan mereka telah mencari jalan penyelesaian tentang membendung masalah sampah di Pulau tersebut. Sebelum ini , Pulau Gaya adalah antara pulau yang tercantik sekali di Sabah.

Gotong Royong Perdana Pulau Gaya
Kredit : DBKK

Semua rakyat Sabah khususnya berharap agar Pulau Gaya ini akan di jaga dengan rapi , supaya kembali menjadi daya tarikan sepenuhnya kepada pelancong dari luar dan juga dalam negeri.

Gotong Royong Perdana Pulau Gaya
Kredit : DBKK

Sumber: DBKK 

Tidak Hadir Waktu Pertabalan Agong, Najib Razak Akhirnya Jelaskan Perkara Sebenar


Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah di istiadat pertabalan Agong ke-16 di Istana Negara hari ini. (Gambar Bernama)

30 July 2019

PETALING JAYA: Seorang pegawai Najib Razak mengesahkan beliau tidak menghadiri istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah di Istana Negara hari ini, selepas tular dakwaan mengatakan tempat duduknya diubah dari barisan tetamu kehormat ke barisan belakang.

Seorang pengguna Facebook, Abdul Rahim Hilmi Zakariya hari ini mendakwa pihak protokol Istana pada awalnya menetapkan Najib, selaku bekas perdana menteri, duduk di tempat duduk ke-10 barisan depan bersama Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad di tempat duduk ke-6.


Beliau seterusnya mendakwa tempat Najib diubah ke tempat duduk Orang Besar Pahang di barisan belakang.

“Cubaan mengubah kedudukan orang kenamaan ketika program istiadat pertabalan hanya kerana si A tak mahu tengok muka si B menunjukkan rasa tidak hormat dan sombong,” katanya.

“Pakaian Orang Besar Pahang dan pakaian bekas perdana menteri mana sama. Setiap jawatan ada protokolnya,” tambahnya.

Seorang pegawai Najib ketika dihubungi FMT mengesahkan tempat duduk Najib diubah, dan bekas perdana menteri itu tidak menghadiri majlis itu.

“Najib tidak hadir selepas mengetahui perkara itu,” katanya yang sudah berada di istana ketika itu. “Tunggu maklum balas daripada Najib.”

Sementara itu, seorang pegawai Pejabat Perdana Menteri menepis catatan FB itu sebagai “tidak sahih”.

Beliau menjelaskan PMO tidak terlibat dalam susunan tempat duduk di majlis itu.

“Semua bahagian istiadat dan protokol,” katanya.







Sumber: FB